Minggu, 02 Maret 2014
Cubaan pecah belah keakraban pakatan
SH
3 Disember 2012
3 Disember 2012
Ahmad Kassim
ALOR SETAR – PKR menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Agung Umno kelmarin adalah melampau.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, kenyataan itu dilihat cuba memecah belahkan keakraban Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas, PKR dan DAP.
Katanya, ucapan Najib juga sangat minoriti kepada perjuangan parti sebaliknya majoriti kepada membelasah PR.
“Ucapan beliau tak ada input yang berguna untuk dibawa balik perwakilan dan dipraktikkan untuk masa depan, tapi hanya kata-kata yang mengkritik PR.

“Cara yang digunakan beliau tidak lebih daripada hanya untuk melaga-lagakan PR. Apakah yang beliau maksudkan dengan rosak akidah sekiranya undi PKR?
“Walhal kita telah minta kerajaan mengkaji semula undang-undang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), bukannya kita menyokong LGBT. Ini telah disalah tafsirkan oleh pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya lagi, perhimpunan baru-baru ini memperlihatkan bahawa parti itu sudah tidak ada lagi isu-isu besar untuk menyerang PR.
“Apa pun serangan itu, kita sudah buat yang terbaik. Buktinya tak ada seorang pun pemimpin PR yang ditangkap atau didapati bersalah dengan tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita akan terus kekalkan rekod semua pemimpin PR bebas rasuah dan pentadbiran PR adalah lebih bersih,” katanya.
Sebelum ini, sebuah laman sesawang melaporkan, Najib mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap PR dengan laungan slogan anti-Pakatan dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno, kelmarin.

“Satu undi untuk PKR, satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!,” laung Najib di hadapan perwakilan perhimpunan yang berdiri sebagai tanda penghormatan.
“Laungan diteruskan lagi dengan menyamakan tindakan mengundi Pas dengan kemerosotan Islam dan undi DAP dengan penindasan bangsa Melayu.
“Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk kehancuran Islam. Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!,” laung Najib lagi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar